dedicated to the world of the empty

ehmm akma tag aku… tambah L belakang nama aku

Thursday, November 6th, 2008

Starting time : 11.34am

current songs: master+of+puppets by MEtalliCa

Name : botak (sperti yang keramaian panggil)

Sisters : 2 ekor…sorang tua setahun sorang muda 3 thaun

Brothers :ehm abgku yang sudah kahwin…..

Shoe size : 9.


Height : 173 cm…dah limit dah tu…


Weight: alamak…aku 72kg… tapi still..masih berat ideal…terime kasih


Where do you live: Taman Tun dr ismail… yang tau tau sila .


Have you ever been on a plane: yee… 6 kali je… pegi langkawi, sarawak dan india… aduhai


Swam in the ocean: peernah…budget berenang..tapi sekadar menyelam..tak pandai berenang..sebab mmg tak pandai


Fallen asleep at school: ini wajib..masa zaman skolah asrama dulu..sungguh enak..sampai buat peta atas meja


Fell off your chair:ehmm pernah..krusi bongok..patah kaki sbelah..aku tongkat then pup..hensem…

Sat by the phone all night waiting for someone to call: tak kot..tapi pakai phone sampai tido pernah..


Saved e-mails: ehmm gmail and yahoo provide more than enough space untuk email…save ker dikira tu?


What is your room like: aku takda bilik..menumpang bilik orang jer..tunggu umah banglo idaman orang tua ku siap./..dan aku ada bilik..yeah


What’s right beside you: sejadah yang kemas dilipat


What is the last thing you ate: roti telur bawang… malas nak masak lebih2… makan apa2 saje based roti sudah memadai.


Ever had…Chicken pox?: blom..


Sore throat: ehmm entah..jarang kot..


Broken nose: 2 tahun lepas..eksiden ..sebab tu hidung ku lebih cantik skangl.


Do you believe in at first sight: the current one..based on the mentioned stuff..syahduu


Like picnics: tak…tapi suke tracking…picnic macam…boring


Who was/were…The last person you danced with: ouh..rahsia…adakah bergolak atas katil dikira berdansa..atau berpusing2 di atas meja juga dikira berdansa


Last made you smile: ouh..Associate Prof. Dr Aizani…haha aku bukan gay..tapi dia buat aku tersenyum lebar sebab matching grant project aku RM20K LULUS>..wahhwahwahaw

You last yelled at: ehmm …sue..


Today did you…Talk to someone you like: dah.,.pagi tadi bile dia sampai office.


Kissed anyone: yeap…termASuk mencium bau stokin ku

Get sick: ehmm once a year…kalau deman skit2..tak kira kan..jenis yang lepas bgn tido dah sehat


Talk to an ex: bebaru nie…yesaz!


Miss someone: taknak jawab leh?~


Who do you really hate: ouh…currently? ada lar beberapa manusia bertopengkan ropen vendetta hipokrit di tempat kerje lamaku.


Do you like your hand-writing: suke..


Are your toe nails painted: tidak pernah sama sekali


Whose bed other than yours would you rather sleep in: nak sorang jer…selain bakal biniku yang sah


Are you a friendly person:yeap/..tak caya meh call aku…

Do you have any pets:ada..dalam NEOPATS..tapi dah dekat 5 tahun tak main..dipengaruhi akak ku masa tu

Do you sleep with the TV on: ehmm dah lama tak tgk tv..kecuali berita..tapi dulu slalu ar


What are you doing right now: typingg….dhhh.


Can you handle the truth: boleh..tapi most of the time..akan ended up…how to say..bukjan nice conclusion ar.


Are you closer to your mother or father: mak sumber pencucuk ayah…ayah sumber keewangan..maka ianya my MOM


Do you eat healthy: Roti tiap hari..dan sayuran.oily stuff kurang…consider healthy tak?


Do you still have pictures of you & your ex: ada dalam PC..picture &^*  pun ada lagik


If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: jarang kongsi.


Are you loud or quiet most of the time: dLOUD….but depends gak


Are you confident: yeap.


5 things I was doing 10 years ago

1) aku baru abis UPSR..

2) sgt hendem..c ewahh

3) aku dikire pelajar paling berpengaruh kat skolah..sebab kalau bebudak nak ponteng perhimpunan..aku sorok masuk bili AVP <–dulu pengawas perpustakaan

4) sudah pun bercinta monyet

5) whatched my first PORN movie kat umah Carliff

5 things I would do if I were a billionaire

1) bina mesjid

2) kepuasa diri sendiri (meterial dan juga batiniah)

3) diversify my investment portfolio

4) ehmm….nak try letak deposit jadik ahli parlimen

5) bukak satu company sebelah brinfo..buat focus yang sama…pastu ..hehe


5 of my bad habits

1) korek hidung secara terbuka…

2) ehmm nafsu tinggi macam kuda on certain stuff.
3)gigit jari
4) chain smoker…nak brenti…bagulah kerajaan dah strictkan tempat merokok byk tempat
5)kelam kabut on certain occasion

3 places I’ve lived/living <—-tempat belajar boleh dikira tak..kala tak

1) ttdi
2) taman tun dr ismail
3) ttdi-damansara

*semua di atas adalah tempat sama… no 3 tu nak bezakan dengan ttdi jaya (shah alam)

5 persons dat i wanna tag:

1) sesiapa yang nak buat tag ni lar

Tags:

Pilihan hati untuk bekerja

Saturday, November 1st, 2008

Aku menganggur selama seminggu sebelum..

3 offer yang sgt baik diberi kepada ku. Apakah offer2 itu yang terlibat

-2 kompeni willingly offer lucrative salary (hint 800 more than previous one)

-1 kompeni Berhad bagi offer yang aku sendiri tak tau nak amik ke taknak sebab maybe ..aku sebut balik MAYBE because of tut tut.

- 2 kompeni offer on network part…1 kompeni offer on software part

- ketiga2 kompeni st dekat ngan rumah. tapi yang paling dekat tu..tak sampai 5 minit dari umah 10 minit dan 20 minit respectively bagi kompeni yang berikutnya. ouh yeah tak perlu lalu tol macam dulu.

- benefit dia sgt sgt berbeza compare ngan yang dulu dan comformation 3 months, 3months and 6 months respectively. benefit diterime upon the emplyement comencement. not upon confirmation …but subject to (most) on prorata rate.

- 2 kompeni bagi gaji 14 bulan setahun dan 1 kompeni 13 bulan setahun. (ini adalah bonus..tengs)

tapi…

yang mana satu… satu Sdn Bhd (sub pada satu Berhad), satu MNC, satu Berhad (GLC)..

alahai

Tags:

Second Link

Tuesday, October 21st, 2008

SecondLink… tringat ayat ini selalu digunakan sewaktu di Johor dulu..asal turun Singapore je pakai Second Link… itu lah alkisah ceritanya yang tak berkaitan.

Ehmm kenapa second Link? Well dalam kehidupan byk cabaran, dan dalam banyak cabaran byk masalah, dalam byk masalah byk juga resolusi. tetapi pendekatan terbaik adalah menggunakan resolusi yang paling practical.

Resolusi bagi aku pula … lebih kepada mencuba cara lain dahulu..kerana cara yang slalu digunakan adalah orang sebut expected resolution.. so apa kata kite set second link dalam diri.

Perihal second link lebih sedap didengar dengan ayat backup plan dan yang sewaktu dengannya. 21 October adalah tarikhnya.. menggunakan resolusi berisiko bagi mencuba apa yang aku cita2kan. Apakah ia? ehmm rakan2 rapat ku tau. Ibu bapa ku mestilah tau. Rakan sekerja ku ada yang tau ada yang idak. Kenapa? kerana itulah yang hangat aku pikirkan sejak aku habis belajar.. jangan hangat taik ayam udah.

Ehmm post ini pendek..ia lebih kepada personal thoughts ..

alangkah indahnya…. (sambung 10 tahun lagik)

—————————————

Ehmm pembaca blog ku pasti perasan dengan previous post aku di blog ini… mengenai dot dot dot (baca sendiri). secara konklusinya, memang termaktub ramai menyokong..dan satu terang2 terangan mengutuk. ouh terime kasih.. tetapi kutukan tahap macam tu tak jejas apa2.. aku dah hidup dengan orang mengata sejak kecik..orang mengata pada kite mengenai something yang tuhan beri pada kite..tapi Allah Taala itu maha Esa. Orang2 yang kutuk aku sejak zaman aku kecik..ehmm tah apa jadik ngan mereka. Towards the adulthood life pun ada..tapi kene penumbuk 2 bijik (masuklah jadik kes polis) mujur tak kene apa2 kecuali denda… kalau masuk jail..tak ke susah.. Ouh sila lah kutuk..nak tgk bahasa orang yang claimed bagus, tapi bahasa tak reflect ayat2 dan kata2nya.

ps: Aku takda nak edit comment2 yang mengutuk aku, kite telus..tak suke sebut sebab aku pun jenis macam tu..tak berkenan cakap..tapi kalau setakat nak cakap mengutuk dalam comment..tak “gentel”men lar…sebab aku tau mesti ada gak orang office yang terlibat nie…betul tak ? ehmm silalah..lagi ramai masuk site nie..lagi byk dan nuffnang aku generate duit..hari ni saja sebab ramai sgt masuk (aku pun tak tau apa sebab traffic hari nie ramai)… dah generate 23USD dah… trimas…. <—- penerimaan adsense terbesar dalam hidup untuk sehari.. slalunya tak sampai 2usd..:P

Tags:

Protected: Tindakan Berani & Bodoh Tetapi Puas hati

Friday, October 17th, 2008

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Tags: , ,

Menunggu itu satu penyiksaan

Monday, October 13th, 2008

Aku masih lagi menunggu untuk something …tetapi …sehingga kini resultnya tidak lagi kuar… kalau nak tau sila comment.

ehmm lama juga aku tinggalkan blog ini, maklumlah sudah bekerja dan kerje on site pula byk.

Sejak seminggu yang lalu aku terasa beban bekerje di BRINFO ini sungguhpun sebenarnya aku happy dengan working collegue aku… kenapa aku kata begitu. Minggu lepas aku dapat tau yang kawan aku kene penalty total of Rm6.5K kerana quit atas sebab dia rasa tak sesuai bekerje di company ini. Sedangkan dia blom confirm tapi kerana tertulis di service agreement yang mmg nak hancurkan life orang tu sendiri dengan gaya kontrak. sangat sadis apabila kita tahu melayu cube hancurkan peluang seseorang melayu yang lain. Pandangan aku terhaap company ini juga telah berpusing 180 darjah yang mana aku rasakan management yang dipegang MELAYU telah bersikap rejim yang tak tumpah macam seorang komunis yang nak kerahkan orang bawahannya supaya tunduk hormat tanpa berpaling terhadapnya.

Aku tidak lagi berperasangka baik terhadap BRINFO malahan, aku agak terkilan dengan pihak management di sini.

Adakah aku akan mendapat nasib yang sama jika aku mendapat apa yang aku NANTIKAN seperti kenyataan awal aku di post ini. Entahlah…

___________________________________________

aku bukan lagi aku yang dulu….

life aku sudah tidak sehappy seperti semasa belajar dahulu..kini semuanya kerja kerja dan kerja. Itulah dulu nak sgt kerja..sekarang dah bosan pula. Aku sedang menimbangkan untuk bekerja sendiri, cume modalnya tiada.

Kenapa aku ingin bekerja sendiri, sedangkan risiko lebih tinggi dan mungklin aku tiada pendapatan tetap. Yeap mmg tak dinafikan. tetapi aku terlihat rakan ku yang mana, bekerje sendiri sudah berkahwin dan hidup serba sederhana..dengan pendapatan kurang 3K sebulan..dia mampu survive di kota ini.. dan dia berkeluarga. Alhamdulillah dia happy ngan life dia dan nak expand lagi cara bekerjanya.

ehmm jika hendak bercerita panjang mengenai ketidakpuashatian aku dengan life aku sekarang… banyak lagi yang nak ditulis… akan aku tulisnya nanti dalam bulan ini..

sekian, bagi aku yang menunggu jawatan “ITU”

Tags:

Aunty-Virus

Wednesday, September 17th, 2008

Minggu ini seperti yang aku jangka..sangat bz dengan beberapa perkara iaitu project CIAST dan setelkan hal sebagai traner kepada trainee2 di office, project CIAST nie nak implement Kaspersky Open Business Security, supposingly the deployment of the project should be easy tetapi disebabkan oleh environment di CIAST tu sendiri…maka project ini mau jugak makan seminggu,…alahai..nak mintak che din luluskan payment advanced sminggu claim..kalau tak mati aku ngan afiq nak bawak budak2 trainee naik kete everyday ..mau dalam RM 50 gak pegi balik…adus..project nie company untung 20K..takkan takleh spend advanced payment skit…harap2 permintaan aku lepas..dengan bantuan kak siti.

bercakap pasal anti-virus. aku pulak tgh dillema nak pakai antivirus apa…dulu AVG lepas tu AVIRA..skang kaspersky tapi trial…sebab AVIRA walupun bagus tapi tak dapat detech virush FlashGuard.exe WORN.ad virus…so pakai je kaspersky dapat detech lapan bijik dalam laptop aku nie..alahai..poket takdelah kering ..tapi nak simpan duit..

tepuk dada tanya selera..

alahai

Tags: ,

Meniaga Larut Malam @ Menipu Larut Malam

Friday, September 12th, 2008

baru2 ini ada orang menghubungi aku..

“weh ko free tak kita ada project malam nie…besar nye”

tidak sempat aku cakap apa2 no telah dimatikan. dan sejurus selepas beberapa puluh saat SMS diterime”

“weh sorry nak bgtau .. kat Makbul Nasi Kandar”

sebenarnya dia telah sms ku berkali2 nak jumper…tapi diriku yang malas nak mereply sms sebab tak suke main sms telah mengabaikannya.. menyebabkan dia perlu call…ya aku hanya layan direct call jer… dah lar kata penting dalam sms…kalau penting call lah..dan demikian dia call.

Sesampainya aku di sana.. aku menunggu dalam 15 minute sebelum orangnya tiba. Aku bertanya..apa beria sgt ngan project nie.. tanpa tangguh2 si dia membawa keluar laptopnya dan membuka satu site kereta BMW.. dan kemudian menunjukkan aku web tersebut.. dalam hati ku ..buruknya site nie..nak suruh aku freelance rebuild site ke..bagus2 project masuk poket..tetapi tiba2 dia menambah ?user=**** kepada link tersebut.

Apakah??

dia telah login ke dalam seumpanma login underground bAgi siter tersebut.. alamak..ini rupe template macam MLM je..dan demikian bermula ceramah MLM nya…

Tidak perlu taja! Tidak Perlu modal banyak..! dan untung riban!

“aku dah boleh lar makan 2k bulan nie” itulah jawabnya.

“ouh.. weih pinjam hpone ko sat..nak call orang tua aku cakap balik lambat skit” tanya ku

“eh..phone aku dua2 takda credit. sms boleh lar” jawabnya

“ouh tu sebab ko missed call sms aku byk then call pun cakap kejap gile” aku berkata,

“haha lebih kurang lar” dia menjawab..

dan aku yang memang tak minat MLM telah lama nak balik..sedemikian bile hendak balik aku cakap.. weih ko dapat 2K kan.? napa ko tak lanje aku nyer roti n teh tarik tadi..ko yang ajak aku datang..phone pun 2 bijik tapi takda credit apa kes?

dia tesengih…

ouh begitulah gaya orang yang nak push MLM… cakap manis, letup sana sini tapi 80% rekaan..

alahai…..

Tags:

Apabila Hampa

Monday, September 8th, 2008

“Maaa bangun sahur dah lewat 4.45 pagi dah.. ” suaraku sambil mengetuk pintu bilik orang tua ku.

terkial2 aku menyiapkan roti 4 keping sebagai sahur dan kemudian meninggalkan meja makan kerna mahu sambung menatap kamarku yang aku tumpangi.

ibuku sekali lagi mengejutkan ku untuk bgn pada jam 6.30 bersolat subuh dan kendian pergi kerje.. alahai malasnya

kenapa apa yang kite expect kite tak dapat….. sesungguhnya bile ku kecewa akan ku buat perkara yang bodoh kurang bijak

Tags: ,

Seleksi Kehidupan

Monday, September 1st, 2008

Sudah masuk September ..dan untuk August aku hanya menulis 2 entry sahaja yang mana tak cover byk perkara yang berlaku dalam bulan Augustus.

  1. Aku attend majlis konvokesyen Suliza di mana aku akhirnya berjumpa dengan keluarga nya dan keluarga pakciknya.
  2. Aku attend majlis konvokesyen aku sendiri yang mana bosan sebab ramai member tak grad sama ngan aku
  3. aku berjaya abiskan sebulan bekerja di BRINFO yang mana baru aku tau semalam atau 2 hari lepas yang CEO company tu kawan baik pakcik sedara ku… (ada peluang naik gaji tak) tak pun kuarkan orang tua sekor yang tak reti nak jaga hati orang
  4. aku telah berjaya turunkan berat badan ku kepada berat yang aku mau yay.
  5. aku makin jarang kayuh basikal sebab balik mostly lepas maghrib.
  6. aku dah ikut time table skolah
  7. aku memandu dengan lebih agresif dan kuat maki orang (sampai gadoh kat atas jalan)
  8. aku bosan ngan kehidupan macam nie

dan kini…hari nie…ada orang yang aku gadoh hari tu atas jalan tu  (aku dapat rasakan dia buat) telah memancitkan tayar aku degan menoreh tayar belakang ku.. (dah terbang duit kene beli tayar baru)

takpa aku sabar bulan puasa… aku akan buat laporang polis sebab aku tau plate kete ko ..

tak kene di sini tunggu di akhirat

Tags:

Working Life @ Sekolah

Tuesday, August 12th, 2008

Sekarang nie aku seperti kembali ke zaman sekolah,

  1. apabila bangun jam 6 pagi untuk bersiap pergi kerja.
  2. apabila makan sarapan selepas bersiap nak pergi kerja.
  3. apabila balik kerje makan lagi.
  4. apabila malam sudah malas untuk kuar malam kerana nak tido awal.
  5. apabila malam tido sebelum jam 12 tgh malam.

balik daripada india aku menganggur 2 minggu dan terus dapat kerje di Brilliance Information (BRINFO) yang juga sebenarnya agak hampir dengan rumahku kerana hanya terletak di Bandar Sri Damansara.

Aku dinobatkan sebagai Network Engineer seperti yang aku mau jika bekerja di private sector tapi aku lebih ingin bekerje di sektor awam. Cume aku tak dapat lagi jawatan yang aku nak tu. baru nak pegi exam 1st level 23 august nie.

urgh aku perlukan sedikit motivasi untuk melalui zaman pekerjaan yang mana environment best cume boss department yang tak best langsung. aku sudah dapat rasakan ketidaksukaan aku pada dia.. kenapalah aku nyer boss tak macam boss department satu lagi…

ehmm…. bagilah aku dapat PTD, sbenarnya aku nak ke situ :P

Tags: ,