ehmm akma tag aku… tambah L belakang nama aku
Thursday, November 6th, 2008
Tags: personal
Tags: personal
Aku menganggur selama seminggu sebelum..
3 offer yang sgt baik diberi kepada ku. Apakah offer2 itu yang terlibat
-2 kompeni willingly offer lucrative salary (hint 800 more than previous one)
-1 kompeni Berhad bagi offer yang aku sendiri tak tau nak amik ke taknak sebab maybe ..aku sebut balik MAYBE because of tut tut.
- 2 kompeni offer on network part…1 kompeni offer on software part
- ketiga2 kompeni st dekat ngan rumah. tapi yang paling dekat tu..tak sampai 5 minit dari umah 10 minit dan 20 minit respectively bagi kompeni yang berikutnya. ouh yeah tak perlu lalu tol macam dulu.
- benefit dia sgt sgt berbeza compare ngan yang dulu dan comformation 3 months, 3months and 6 months respectively. benefit diterime upon the emplyement comencement. not upon confirmation …but subject to (most) on prorata rate.
- 2 kompeni bagi gaji 14 bulan setahun dan 1 kompeni 13 bulan setahun. (ini adalah bonus..tengs)
tapi…
yang mana satu… satu Sdn Bhd (sub pada satu Berhad), satu MNC, satu Berhad (GLC)..
alahai
Tags: personal
1) Dari bujang-kahwin No 1–>no.2 –> DLL.
2) Dari pakai moto kap –> kancil-wira –> Honda –> seterusnye..
3) Badminton –> Golf…
4) Rumah sewa –> rumah murah –> rumah teres –> banglow…
5) Technician –> supervisor –> engineer –> manager…
6) Tv 14′–> 21′ –> 29′ –> Home theather…
7) Sg Danga –> Tanjung Leman –> Langkawi –> Hadnyai –>Bangkok ..
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour…
9) mancing kat parit /longkang –> sungai –> kolam (bayar punye)–>
laut dalam (sewa bot mewah)……
TETAPI…
KITA JUGA LUPA….
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA….
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN…’ON LOAN’…
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH ‘PERSEDIAN UNTUK MATI’
Umpamanya:
1) tak sembahyang –> pastikan sembahyang –> jadikan amalan…..
2) banyak maksiat –> kurangkan –> hapuskan…
3) Bangi –> madinah –> mekah…
4) sedekah RM1.00 –> RM10.00 –> RM100.00/
5) sembahyang dirumah –> sembahyang di surau/mesjid. …
6) 5 jam sehari menonton TV –> 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU….
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet –> 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. …….
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa… Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu… malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun… Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya…
infiniti…
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikutkehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.’
Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
‘Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.’
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Nauzubillah… aku pun perlu praktikkan…Inshaallah kite akan mulia disisnya
SecondLink… tringat ayat ini selalu digunakan sewaktu di Johor dulu..asal turun Singapore je pakai Second Link… itu lah alkisah ceritanya yang tak berkaitan.
Ehmm kenapa second Link? Well dalam kehidupan byk cabaran, dan dalam banyak cabaran byk masalah, dalam byk masalah byk juga resolusi. tetapi pendekatan terbaik adalah menggunakan resolusi yang paling practical.
Resolusi bagi aku pula … lebih kepada mencuba cara lain dahulu..kerana cara yang slalu digunakan adalah orang sebut expected resolution.. so apa kata kite set second link dalam diri.
Perihal second link lebih sedap didengar dengan ayat backup plan dan yang sewaktu dengannya. 21 October adalah tarikhnya.. menggunakan resolusi berisiko bagi mencuba apa yang aku cita2kan. Apakah ia? ehmm rakan2 rapat ku tau. Ibu bapa ku mestilah tau. Rakan sekerja ku ada yang tau ada yang idak. Kenapa? kerana itulah yang hangat aku pikirkan sejak aku habis belajar.. jangan hangat taik ayam udah.
Ehmm post ini pendek..ia lebih kepada personal thoughts ..
alangkah indahnya…. (sambung 10 tahun lagik)
—————————————
Ehmm pembaca blog ku pasti perasan dengan previous post aku di blog ini… mengenai dot dot dot (baca sendiri). secara konklusinya, memang termaktub ramai menyokong..dan satu terang2 terangan mengutuk. ouh terime kasih.. tetapi kutukan tahap macam tu tak jejas apa2.. aku dah hidup dengan orang mengata sejak kecik..orang mengata pada kite mengenai something yang tuhan beri pada kite..tapi Allah Taala itu maha Esa. Orang2 yang kutuk aku sejak zaman aku kecik..ehmm tah apa jadik ngan mereka. Towards the adulthood life pun ada..tapi kene penumbuk 2 bijik (masuklah jadik kes polis) mujur tak kene apa2 kecuali denda… kalau masuk jail..tak ke susah.. Ouh sila lah kutuk..nak tgk bahasa orang yang claimed bagus, tapi bahasa tak reflect ayat2 dan kata2nya.
ps: Aku takda nak edit comment2 yang mengutuk aku, kite telus..tak suke sebut sebab aku pun jenis macam tu..tak berkenan cakap..tapi kalau setakat nak cakap mengutuk dalam comment..tak “gentel”men lar…sebab aku tau mesti ada gak orang office yang terlibat nie…betul tak ? ehmm silalah..lagi ramai masuk site nie..lagi byk adsense dan nuffnang aku generate duit..hari ni saja sebab ramai sgt masuk (aku pun tak tau apa sebab traffic hari nie ramai)… dah generate 23USD dah… trimas…. <—- penerimaan google adsense terbesar dalam hidup untuk sehari.. slalunya tak sampai 2usd..:P
Tags: personal
Tags: BRINFO, personal, tempat kerja
Aku masih lagi menunggu untuk something …tetapi …sehingga kini resultnya tidak lagi kuar… kalau nak tau sila comment.
ehmm lama juga aku tinggalkan blog ini, maklumlah sudah bekerja dan kerje on site pula byk.
Sejak seminggu yang lalu aku terasa beban bekerje di BRINFO ini sungguhpun sebenarnya aku happy dengan working collegue aku… kenapa aku kata begitu. Minggu lepas aku dapat tau yang kawan aku kene penalty total of Rm6.5K kerana quit atas sebab dia rasa tak sesuai bekerje di company ini. Sedangkan dia blom confirm tapi kerana tertulis di service agreement yang mmg nak hancurkan life orang tu sendiri dengan gaya kontrak. sangat sadis apabila kita tahu melayu cube hancurkan peluang seseorang melayu yang lain. Pandangan aku terhaap company ini juga telah berpusing 180 darjah yang mana aku rasakan management yang dipegang MELAYU telah bersikap rejim yang tak tumpah macam seorang komunis yang nak kerahkan orang bawahannya supaya tunduk hormat tanpa berpaling terhadapnya.
Aku tidak lagi berperasangka baik terhadap BRINFO malahan, aku agak terkilan dengan pihak management di sini.
Adakah aku akan mendapat nasib yang sama jika aku mendapat apa yang aku NANTIKAN seperti kenyataan awal aku di post ini. Entahlah…
___________________________________________
aku bukan lagi aku yang dulu….
life aku sudah tidak sehappy seperti semasa belajar dahulu..kini semuanya kerja kerja dan kerja. Itulah dulu nak sgt kerja..sekarang dah bosan pula. Aku sedang menimbangkan untuk bekerja sendiri, cume modalnya tiada.
Kenapa aku ingin bekerja sendiri, sedangkan risiko lebih tinggi dan mungklin aku tiada pendapatan tetap. Yeap mmg tak dinafikan. tetapi aku terlihat rakan ku yang mana, bekerje sendiri sudah berkahwin dan hidup serba sederhana..dengan pendapatan kurang 3K sebulan..dia mampu survive di kota ini.. dan dia berkeluarga. Alhamdulillah dia happy ngan life dia dan nak expand lagi cara bekerjanya.
ehmm jika hendak bercerita panjang mengenai ketidakpuashatian aku dengan life aku sekarang… banyak lagi yang nak ditulis… akan aku tulisnya nanti dalam bulan ini..
sekian, bagi aku yang menunggu jawatan “ITU”
Tags: personal


Tags: Hari Raya
Minggu ini seperti yang aku jangka..sangat bz dengan beberapa perkara iaitu project CIAST dan setelkan hal sebagai traner kepada trainee2 di office, project CIAST nie nak implement Kaspersky Open Business Security, supposingly the deployment of the project should be easy tetapi disebabkan oleh environment di CIAST tu sendiri…maka project ini mau jugak makan seminggu,…alahai..nak mintak che din luluskan payment advanced sminggu claim..kalau tak mati aku ngan afiq nak bawak budak2 trainee naik kete everyday ..mau dalam RM 50 gak pegi balik…adus..project nie company untung 20K..takkan takleh spend advanced payment skit…harap2 permintaan aku lepas..dengan bantuan kak siti.
bercakap pasal anti-virus. aku pulak tgh dillema nak pakai antivirus apa…dulu AVG lepas tu AVIRA..skang kaspersky tapi trial…sebab AVIRA walupun bagus tapi tak dapat detech virush FlashGuard.exe WORN.ad virus…so pakai je kaspersky dapat detech lapan bijik dalam laptop aku nie..alahai..poket takdelah kering ..tapi nak simpan duit..
tepuk dada tanya selera..
alahai
baru2 ini ada orang menghubungi aku..
“weh ko free tak kita ada project malam nie…besar nye”
tidak sempat aku cakap apa2 no telah dimatikan. dan sejurus selepas beberapa puluh saat SMS diterime”
“weh sorry nak bgtau .. kat Makbul Nasi Kandar”
sebenarnya dia telah sms ku berkali2 nak jumper…tapi diriku yang malas nak mereply sms sebab tak suke main sms telah mengabaikannya.. menyebabkan dia perlu call…ya aku hanya layan direct call jer… dah lar kata penting dalam sms…kalau penting call lah..dan demikian dia call.
Sesampainya aku di sana.. aku menunggu dalam 15 minute sebelum orangnya tiba. Aku bertanya..apa beria sgt ngan project nie.. tanpa tangguh2 si dia membawa keluar laptopnya dan membuka satu site kereta BMW.. dan kemudian menunjukkan aku web tersebut.. dalam hati ku ..buruknya site nie..nak suruh aku freelance rebuild site ke..bagus2 project masuk poket..tetapi tiba2 dia menambah ?user=**** kepada link tersebut.
Apakah??
dia telah login ke dalam seumpanma login underground bAgi siter tersebut.. alamak..ini rupe template macam MLM je..dan demikian bermula ceramah MLM nya…
Tidak perlu taja! Tidak Perlu modal banyak..! dan untung riban!
“aku dah boleh lar makan 2k bulan nie” itulah jawabnya.
“ouh.. weih pinjam hpone ko sat..nak call orang tua aku cakap balik lambat skit” tanya ku
“eh..phone aku dua2 takda credit. sms boleh lar” jawabnya
“ouh tu sebab ko missed call sms aku byk then call pun cakap kejap gile” aku berkata,
“haha lebih kurang lar” dia menjawab..
dan aku yang memang tak minat MLM telah lama nak balik..sedemikian bile hendak balik aku cakap.. weih ko dapat 2K kan.? napa ko tak lanje aku nyer roti n teh tarik tadi..ko yang ajak aku datang..phone pun 2 bijik tapi takda credit apa kes?
dia tesengih…
ouh begitulah gaya orang yang nak push MLM… cakap manis, letup sana sini tapi 80% rekaan..
alahai…..
Tags: personal
“Maaa bangun sahur dah lewat 4.45 pagi dah.. ” suaraku sambil mengetuk pintu bilik orang tua ku.
terkial2 aku menyiapkan roti 4 keping sebagai sahur dan kemudian meninggalkan meja makan kerna mahu sambung menatap kamarku yang aku tumpangi.
ibuku sekali lagi mengejutkan ku untuk bgn pada jam 6.30 bersolat subuh dan kendian pergi kerje.. alahai malasnya
kenapa apa yang kite expect kite tak dapat….. sesungguhnya bile ku kecewa akan ku buat perkara yang bodoh kurang bijak
Tags: personal, personal life